FINE
Consultant
adalah sebuah gerakan perunding latihan 100% milik bumiputra yang ditubuhkan
untuk terlibat secara langsung dalam sektor pembangunan sumber manusia. Kumpulan
kami menjalankan latihan dan khidmat perunding yang komited dalam usaha
membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang
bersepadu merangkumi semua aspek. Tenaga penggerak syarikat ini terdiri
daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, minat,
kecenderungan dan disiplin ilmu.
Perkhidmatan yang
ditawarkan termasuklah sesi rundingan personal, bengkel kerja kumpulan,
seminar, dan melaksanakan khidmat perundingan latihan yang menyeluruh kepada
organisasi terlibat termasuk swasta, kerajaan dan lain-lain institusi
masyarakat.
MAKSUD LOGO
Slogan syarikat :
Your dreams,
our goals – impian anda, matlamat kami
Perkataan FINE
membawa maksud tersendiri daripada setiap huruf
F : Fleksible
(fleksibel
dan bersifat kelenturan mengikut keadaan dan keperluan semasa )
I : Inspiring
(memberi
inspirasi dalam membantu pelbagai pihak dalam menghasilkan matlamat yang
cemerlang)
N : Networking
(menjalinkan pelbagai hubungan baik dengan semua organisasi, badan
kerajaan, swasta dan
masyarakat)
E : Efficient
(efisyen,
dalam menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi dan berkesan)
Pemilihan warna merah sebagai tanda kekuatan dan
keberanian dalam diri semua staf kami dalam menjalankan semua tugasan yang
diamanahkan dalam merealisasikan visi dan misi syarikat dan membuat sesuatu
yang baru.Biru sebagai lambang kepercayaan, di mana syarikat
kami boleh diberi kebolehpercayaan dan amanah dalam membantu pelbagai pihak
menyelesaikan pelbagai kekurangan dan masalah. Kompas menunjukkan impian syarikat bersaing di
peringkat global.4 penjuru bermaksud globalisasi yang merangkumi
pelbagai arah utara, selatan, timur dan barat.Burung di tengah logo menggambarkan networking atau
rangkaian perhubungan yang luas dan tiada keterbatasan
KEUNIKAN FINE CONSULTANT
FINE Consultant
diwujudkan oleh sekumpulan individu yang bukan daripada latar belakang
pembangunan diri dan motivasi. Kesemua mereka memulakan kerjaya dalam bidang dan
kecenderungan masing-masing. Mereka menimba pelbagai pengalaman selama berada
dalam pelbagai bidang pekerjaan kemudian diterjemahkan ke dalam bentuk
pengisian modul dan perkhidmatan untuk dikongsikan dengan pelbagai pihak.
FINE Consultant
beroperasi di pejabat urusannya di No. 5, Jalan Zamrud 3, Bandar Mas, 81900
Kota Tinggi, Johor. Sehingga sekarang
FINE Consultant menjadi pilihan pelbagai organisasi untuk mengendalikan kursus
berkaitan pembangunan diri, komunikasi, penulisan, pemantapan pentadbiran
organisasi, penampilan diri dan juga kreativiti serta inovasi. FINE
Consultant memberikan perkhidmatan dalam bentuk latihan pembangunan diri
dan kemahiran, jurulatih, pementoran dan perundingan.